BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Suria, 4Utarid, one of the ICT's hard fans ! xDD I enjoy learning ICT but somehow, I got problems sometimes when learning it, Well people, nobody's perfect right, so this blog will tell you guys about the reflection on my side after learning it, Warmly welcome XOXO (=_=)

Monday, February 1, 2010

Question 1:Describe impact ICT on society



Komputer
Komputer merupakan pembaharuan teknologi yang termaju dan canggih pada pertengahan abad ke 20. Perkembangan teknologi ini begitu cepat dewasa ini adalah kerana kos atau harga komputer begitu rendah dan telah dapat menjadikan alat tersebut terutamanya komputer peribadi dapat dimiliki oleh semua golongan. Dengan pembelian menerusi KWSP dan pinjaman pembelian komputer dari kerajaan, pengunaan komputer telah menjadi begitu meningkat. Terdapatnya perisian yang terbaru dan canggih telah membantu menjadikan pekerjaan kita menjadi lebih cekap dan cepat seperti pengunaan CAD/CAM dalam melukis lakaran dan pelan-pelan bangunan, GIS untuk mencartakan peta dan perisian perdagangan, perakauanan dan sebagainya untuk membantu menjadikan pekerjaan yang dulunya adalah rumit dan rutin lebih cepat dan mudah.



Komunikasi
Sistem komunikasi adalah aspek yang terpenting dalam kehidupan pada masa kini. Komunikasi terbahagi kepada dua jenis, sehala dan dua-hala. Sehala adalah komunikasi yang menggunakan radio dan televisyen manakala komunikasi dua-hala ialah yang menggunakan telefon, telegraph, faks dan sebagainya.


Di negara-negara yang membangun seperti di Malaysia ini, peranan utama penggunaan ICT secara langsung adalah untuk menambahbaik taraf ekonomi bagi penduduk luar bandar dan golongan masyarakat yang kurang upaya dari segi ekonomi.Dengan kata lain, penggunaan ICT di negara ini adalah untuk mengurangkan tahap kemisikinan masyarakat negara ini secara keseluruhannya.Peggunaan ICT secara langsung juga nerupaya untuk menambah baik kehidupan masyarakat dengan membantu dalam perkara-perkara berikut;

Maklumat tentang peluang perniagaan
Melalui ICT, maklumat tentang harga, pasaran, jualan, dan sebagainya dapat diperolehi dengan mudah terutamanya melaui Internet, dan Internet juga dapat membantu untuk mencari pasaran baru serta memudahkan proses tempahan,penghantaran dan pembayaran.

Membuka peluang pekerjaan
ICT juga boleh membantu dalam mencari kerja, maklumat tentang perkerjaan, dan juga boleh digunakan untuk membuka peluang pekerjaan yang baru umpamanya menjadikan pengiklanan laman web.


Kemahiran dan pembelajaran
Pembelajaran secara jarak jauh menggunakan Internet dapat dilakukan dengan adanya ICT dan kemahiran dapat ditingkatkan melalui kaedah-kaedah baru yang boleh dipelajari secara talian.


Penjagaan kesihatan
Inovasi baru boleh dilakukan untuk membawa perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat
miskin dengan menggunakan ICT. Tele-medicine sebagai contoh.

Urusan Pentadbiran
Pengunaan ICT dapat mempercepatkan lagi perkhidmatan kerajaan kepada rakyat sec
ara keseluruhannya

Pengagihan kuasa
ICT juga boleh digunakan untuk menaik taraf perhubungan dan komunikasi di antara masyarakat umum dengan kerajaan dan membolehkan sebarang rungutan akan dapat di atasai secepatnya.

ICT juga dapat menambah baik kebajikan dan kehidupan masyarakat termiskin secara tidak langsung hasil daripada kesan deraian (trickledown effect) dari segi penambahan pendapatan dan terdapatnya peluang-peluang pekerjaan.

ICT Membantu Membuka Peluang Perniagaan

ICT boleh dijadikan sumber maklumat perniagaan. Ia dapat membantu dalam mencari pasaran terbaik untuk sesuatu barangan, membantu dalam mencari sumber bekalan barangan dengan harga yang baik, mencari kaedah penghantaran yang efektif dengan kos yang rendah serta mencari cara pemasaran yang efisyen

Di India umpamanya, ICT digunakan dibeberapa negeri untuk pengeluar dan penjual berhubung rapat dan bertukar maklumat mengenai pasaran, harga dan bekalan. Dengan maklumat yang ada, ianya dapat membantu dalam menambah penghasilan serta mendapatkan pasaran dan harga yang baik bagi barangan dan keluaran yang kebanyakkannya dihasilkan oleh golongan petani-petani yang miskin. Ini telah dapat membantu petani-petani tersebut menambah pendapatan mereka dengan lebih baik.

1 comments:

Cikgu ICT TIGS said...

Bagus ! Anda dapat menerangkan dengan baik soalan yang saya berikan itu. Saya juga mendapati terdapat fakta-fakta yang anda perolehi selain daripada nota-nota yang sedia ada. Ini menunjukkan anda rajin mempunyai inisiatif. Tahniah!

Post a Comment